Kejadian kira-kira pukul 6 petang itu berlaku ketika ke­semua pelajar terbabit sedang me­nunggu keluarga masing-masing untuk pulang ke rumah sebelum terjatuh ke dalam longkang.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Miri, Mohd. Haz­le Shah Abd. Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.22 petang sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Beberapa orang awam sempat menyelamatkan pelajar yang cedera akibat runtuhan itu.

“Empat dari mangsa turut dibawa ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, kejadian itu bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kehilangan nyawa.

“Semua mangsa yang cedera juga dilaporkan stabil dan telah pulang ke rumah masing-ma­sing,” ujarnya.

Sementara itu, Mohd. Hazle memberitahu, tinjauan pihak­nya mendapati laluan itu telah dipasang penghadang dan di­jangka dibaiki dalam waktu terdekat.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.