Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, calon akan menerima keputusan melalui pos atau mereka boleh mendapatkan keputusan tersebut dengan menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar untuk menduduki peperiksaan
berkenaan.

"Keputusan juga boleh disemak melalui laman web Lembaga Peperiksaan di alamat sppat.moe.gov.my/semakan.

"Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula 10 pagi 13 September depan dan akan ditamatkan pada pukul 6 petang 19 September," katanya.

Seramai 11,057 orang calon telah mendaftar untuk menduduki SPM Ulangan di 213 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Seramai 1,649 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar. 

Tiga mata pelajaran yang ditawarkan dalam peperiksaan SPM Ulangan ialah Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik. - K! ONLINE