Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, sehingga kini sebanyak RM27.6 juta membabitkan mata wang Amerika Syarikat bernilai AS$6.3 juta (RM25.9 juta) dan RM980,000 berjaya ditemui semula dengan baki wang yang lain masih dikesan.

Jelas beliau, kesemua wang tersebut ditemui di enam buah kondominium sekitar Kuala Lumpur termasuk di Cyberjaya dan SPRM turut merampas beberapa utas jam tangan jenama Rolex serta komputer riba.

“Saya mengesahkan bahawa SPRM telah menahan bekas ketua pengarah jabatan ini termasuk tujuh pegawainya selepas menerima maklumat mengenai penyelewengan wang kerajaan.

“Hasil siasatan awal mendapati sebanyak AS$12 juta (RM49 juta) telah dibawa masuk ke negara ini sejak tiga bulan lalu.

“SPRM mengklasifikasikan wang ini sebagai wang kerajaan kerana ia telah dibawa masuk daripada sebuah negara yang tidak dapat saya dedahkan dan wang ini diuruskan oleh pegawai-pegawai kerajaan untuk kegunaan kerajaan,” katanya pada sidang akhbar berhubung siasatan kes salah guna kuasa dan penyelewengan dana Pilihan Raya Umum ke-14 di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.