"Peruntukan itu dapat meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh peneroka terutamanya dalam menyediakan keperluan persekolahan untuk tahun baharu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamed Azmin berkata, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) prihatin dengan kesukaran dilalui peneroka Felda apabila harga sawit dan getah berada pada tahap yang rendah.

"Di sebalik segala kemelut melibatkan Felda yang ditinggalkan kerajaan terdahulu, MEA bersama dengan pengurusan baharu Felda telah dan sedang berusaha keras untuk memastikan kebajikan peneroka dan keluarga mereka sentiasa terpelihara," katanya.

Menurutnya, sewaktu Pakatan Harapan mengambil alih Kerajaan, simpanan tunai Felda hampir kosong dengan bebanan hutang sebanyak RM8.025 billion. - Bernama