Ini berikutan ketiga-tiga sektor berkenaan merupakan nadi kepada masyarakat di sini terutama bagi penduduk di Tanah Rata.

Menurutnya, beliau telah mengetengahkan isu membabitkan ketiga-tiga sektor berkenaan sejak tahun 2015 terutama bagi golongan petani di tanah Lesen Pendudukan Sementara (TOL).

"Perjuangan saya adalah untuk rakyat yang selama ini menghadapi kesukaran dalam tempoh lima tahun DAP memegang kerusi di DUN ini.

"Rata-rata penduduk mengakui bahawa tiada sebarang perubahan yang dibawa DAP malah isu berkaitan tanah TOL juga tidak dapat diselesaikan oleh mereka," katanya ketika ditemui pada Sesi Bertemu Masyarakat Orang Asli di Pos Laryer di sini hari ini.

Tambahnya selain tiga sektor berkenaan dia juga prihatin akan isu dihadapi masyarakat Melayu berhubung rumah mampu milik dan ia akan diketengahkan jika BN berjaya di kerusi Parlimen dan DUN di sini. - K! ONLINE