Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd. Anuar Tahir berkata, pembukaan jajaran melibatkan laluan dua lorong dua hala itu akan menjadi laluan pintasan penduduk setempat di sekitar Sabak Bernam, Bagan Datuk, Hutan Melintang, Teluk Intan dan Sitiawan.

“Penggunaan jajaran tersebut akan memendekkan masa perjalanan dengan anggaran 11 minit berbanding penggunaan laluan jalan biasa iaitu Klang-Teluk Intan. 

“Buat masa ini, pembukaan jajaran di Seksyen 8 daripada keseluruhan 12 seksyen Lebuhraya WCE ini bersifat setempat iaitu memberi kemudahan kepada penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pembukaan Jajaran Seksyen 8 WCE, Persimpangan Hutan Melintang ke Teluk Intan di Plaza Tol Teluk Intan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Anuar, WCE akan menjadi sistem penyuraian trafik dan laluan alternatif kepada Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) terutamanya ketika musim perayaan bagi perjalanan dari Lembah Klang menuju ke utara Semenanjung dan sebaliknya apabila siap sepenuhnya kelak. - K! ONLINE