Dalam kejadian bermula pukul 7.30 pagi, seorang pelajar perempuan tingkatan dua sekolah itu mula diserang histeria sebelum keadaan mula menjadi huru-hara selepas ‘berjangkit’ kepada lebih 30 pelajar perempuan tingkatan satu hingga enam yang lain.

Suasana sekolah tersebut bertukar huru-hara apabila pelajar yang terkena histeria meraung bersahut-sahutan, bertempik, menjerit kesakitan, bertepuk tangan sehingga ada yang tidak sedarkan diri.

Akibatnya, pihak sekolah bertindak mengasingkan pelajar perempuan yang ‘dirasuk’ ke surau sekolah dan meminta pelajar lelaki membacakan ayat-ayat suci al-Quran bagi meredakan keadaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.