Menteri Pendidikan, Maszlee Malik berkata, sebaliknya ia adalah cada­ngan daripada konsultasi awam yang diadakan oleh PTPTN.

“Saya lihat, apa yang PTPTN kemukakan ialah konsultasi awam. Mereka inginkan pandangan awam terhadap beberapa perkara. Mereka ingin cadangan daripada konsultasi awam itu.

“Itu bukan cadangan mereka, cuma apabila wartawan tanya dia (Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan) jawab macam itu. Pada saya PTPTN perlu memberikan penjelasan kepada media supaya tidak berlaku silap faham seperti itu,” katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sungai Ara, dekat sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan, Wan Saiful memberitahu, sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam PTPTN yang ingkar antara cadangan yang akan dikemukakan ke Kabinet. – Bernama