Majistret Nur Syafiqah Noorinda menetapkan tarikh berkenaan selepas pendakwaraya Ahmad Salam Yusuf memohon penangguhan berikutan pihaknya masih belum menerima laporan psikatri, bedah siasat dan kimia daripada pihak hospital.

Mengikut kertas pertuduhan tertuduh,  Asmani Mat, 31, yang tidak diwakili peguam didakwa membunuh anak lelakinya itu di kediaman mereka di FELDA Jengka 13, Bandar Pusat Jengka, Maran, 17 Jun lalu diantara jam 8.30 malam sehingga 9 malam.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.
 

Terdahulu, di mahkamah sama, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Ti Pei Si membenarkan permohonan  Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mustafa supaya tertuduh dirujuk ke Hospital Permai, Johor Bahru, Johor selama satu bulan bagi tujuan pemantauan. - K! ONLINE