Majistret Siti Khairiah Abdul Razak menetapkan tarikh berkenaan selepas Timbalan Pendakwa Raya, A. Ashwini memaklumkan pihaknya masih menunggu laporan kimia dan bedah siasat.

Tertuduh yang merupakan bapa kandung mangsa, Mohammad Abdullah Mohamed, 35, didakwa melakukan perbuatan bunuh hingga menyebabkan kematian Nur Aina Nabihah di Taman Vista Jaya, Lukut, dekat sini di antara pukul 8.30 malam hingga 11.30 malam pada 31 Januari lalu.

Media sebelum ini melaporkan Nur Aina Nabihah meninggal dunia dipercayai akibat didera bapa kandungnya. 

Keputusan bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan pada buah pinggang, selain usus terkoyak serta patah tulang rusuk kiri dan kanan dipercayai dipukul dengan objek tumpul. - K! ONLINE