Itulah persoalan mengenai aktiviti mengorek pasir yang sedang giat dijalankan di kawasan Sungai Puyu, Pantai Pasir Panjang, Seri Manjung dekat sini yang dikatakan bakal memusnahkan lokasi pendaratan penyu di Perak.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak dalam reaksi kepada laporan eksklusif Kosmo! semalam memaklumkan bahawa aktiviti mengorek pasir itu akan dihentikan hujung bulan ini.

Pengarah JPS Perak, Ir. Ahmad Anuar Othman berkata, projek tersebut dijalankan bagi membuka semula laluan air di muara sungai ke laut yang tertutup akibat cetek dan dipenuhi kelodak lumpur.

Jelasnya, pihaknya akan menghentikan projek penyeleng­garaan itu apabila muara su­ngai itu terbuka dengan laluan air kembali mengalir selepas kawasan yang dikorek mencapai kedalaman yang ditetapkan.

Katanya, sebelum menjalankan projek itu, pihaknya telah mengadakan mesyuarat bersama 11 agensi antaranya Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Jabatan Perikanan, Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.