urucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis berkata, seramai 16 anggota termasuk pegawai bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan.

"Kebakaran berjaya dikawal kira-kira 15 minit kemudian.  

"Orang awam yang berada berhampiran turut membantu memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api jenis debu.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

"Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan JBPM Perlis, Rosnani Abu Seman," katanya ketika dihubungi hari ini.

Cuaca mendung dan hujan hampir setiap hari di Perlis mutakhir ini. - K! ONLINE