Sekretariat Jawatankuasan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Ismail Mahedin berkata, sesi persekolahan terpaksa ditamatkan awal pagi ini setelah paras air meningkat pada paras 1.5 meter di padang sekolah dan kuarters guru.

"Paras air di blok pentadbiran, blok asrama, dewan dan dapur asrama dinaiki air antara 0.3 meter dan 1 meter hari ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail berkata, setakat ini paras air tidak menunjukkan perubahan dan semua kakitangan SK Long Bemang yang masih berada di sekolah tersebut diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

Menurutnya, SK Long Bemang mempunyai sembilan kakitangan pentadbiran, 14 guru dan 30 anggota keluarga kakitangan sekolah tersebut. - Bernama