DBKL dalam satu kenyataan berkata, penutupan tersebut adalah untuk memberi laluan kepada pelaksanaan projek 'River of Life' yang melibatkan kerja-kerja naik taraf fasiliti serta kemudahan taman demi kemudahan dan keselesaan pengunjung.

Fasa 1 akan bermula 14 Mei dan dijangka siap pada Disember 2018 yang mana sebahagian taman akan  ditutup bagi kerja-kerja naik taraf, namun lain-lain kawasan termasuk dalam Fasa 2 masih lagi dibuka kepada  kunjungan orang awam.

Kerja-kerja bagi Fasa 2 pula dijangka bermula Januari 2019 dan siap sepenuhnya pada November 2019.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan untuk mengambil langkah berhati-hati serta menjaga keselamatan diri sewaktu kerja-kerja naik taraf sedang dilaksanakan ketika mengunjungi taman itu. - Bernama