Ucapan tersebut yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya pagi tadi, Siti Nurhaliza Tarudin, 39, turut memberikan ucapan raya khusus buat peminat.

"Terima kasih kepada peminat yang telah menyokong sepanjang tempoh saya berehat sehingga ke hari ini. 

"Maaf atas segala kesilapan yabg sengaja atau tidak disengajakan. Saya menyusun 10 jari memohon maaf zahir dan batin," ujarnya.

Penyanyi lagu Segala Perasaan itu sebelum ini selamat melahirkan puteri sulung, Siti Aafiyah Khalid pada 19 Mac lalu di sebuah hospital swasta ibu kota secara pembedahan.

Setelah habis tempoh berpandang, Siti kini kembali sibuk menguruskan kerjaya seni termasuk perniagaan fesyen dan kosmetik, Creacion & SimplySiti By Siti Nurhaliza. - K! ONLINE