Pada majlis itu kesemua saudara baharu yang juga merupakan anggota di Kem Lok Kawi terbabit turut menerima sumbangan Hari Raya Aidilfitri yang disampaikan oleh Tuan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Pegawai Staf Satu Tadbir Markas Angkatan Petugas 450 Kem Lok Kawi, Leftenan Kolonel Muhd. Sabilnizam Mansor berkata, buat julung kalinya program tahunan dengan kerjasama Yayasan Nurjauhar itu menghimpunkan kumpulan saudara baharu di kem berkenaan.

"Istimewanya program iftar tahun ini, seramai 20 saudara baharu Islam diraikan dalam suasana santai tetapi meriah.

"Kesemua mereka yang pertama kali menyambut Ramadan turut menerima sumbangan ikhlas sempena Hari Raya Aidilfitri," katanya di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Panglima Markas 5 Briged, Brigadier Jeneral Datuk Mohd. Anuar Rijaludin dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din.

Selain saudara baharu, seramai 20 orang kelainan upaya (OKU) yang merupakan anak-anak kepada warga Kem Lok Kawi turut menerima sumbangan hari raya. - K! ONLINE