Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Mohd. Nazam Harun berkata, pertandingan yang masuk pusingan ketujuh itu dijangka menarik penyertaan lebih 1,000 kaki pancing.

“Pemenang akan membawa pulang RM6,000 daripada keseluruhan hadiah berjumlah RM20,000 yang dipertandingkan. Yuran sebanyak RM40 bagi setiap batang joran akan dikenakan dan 1,000 penyertaan pertama akan menerima dua botol air sumbangan penaja,” katanya dalam satu kenyataan.

Pertandingan itu turut mendapat tajaan Oyoshi, Igloo-UFL dan Pure Fishing Malaysia Sdn. Bhd. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook, Jorankl atau hubungi urus setia di talian 013-305 2811, 013-266 7011 atau 012-284 6811. - K! ONLINE