Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Penerangan, Dakwah dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, ia adalah sebahagian daripada jumlah lima tan metrik abu al- Quran lama dan rosak yang dikumpulkan sejak awal Januari tahun ini. 

Menurutnya, abu itu dilupuskan secara berperingkat mengikut jadual yang ditetapkan dan hanya satu tan metrik abu yang siap diikiubkan dilupuskan hari ini.

"Tanggungjawab melupuskan abu al-Quran ini dilakukan mengikut kaedah ditetapkan oleh syarak sebagaimana yang diputuskan dalam Mesyuarat Jemaah Ulama, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) yang membincangkan isu Fatwa Mengenai Garis Panduan Pembakaran Buku-buku Agama Yang Terdapat Ayat-ayat Al Quran dan Hadis,” katanya. 

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Program Pelupusan Abu al-Quran kira-kira 11 kilometer dari Kuala Tok Bali, di sini hari ini.

Program pelupusan abu itu dilaksanakan dengan kerjasama Maik, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Terengganu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Kelantan dan Jabatan Taman Laut, Besut, Terengganu. - K! ONLINE