Pegawai Perhubungan Awam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak, Hafizul Samah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.16 petang.

Katanya, apabila tiba di lokasi, pasukan APM mendapati  terdapat seekor lembu terperangkap di dalam longkang simen di situ.

"Anggota APM dan beberapa orang awam kemudian buntu sehingga terpaksa meminta bantuan bomba bagi membawa naik lembu itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, apabila usaha itu tidak berhasil, mereka kemudian terpaksa meminta bantuan 
daripada pekerja kontrak untuk menggunakan jentera berat.

Katanya, lembu itu kemudiannya dapat dikeluarkan dengan menggunakan jentera itu pada pukul 5 petang.

"Operasi tamat kira-kira pukul 5.10 petang," ujarnya. - K! ONLINE