Beliau berkata, usaha itu hanya akan tercapai dengan sokongan dan kerjasama semua pihak khususnya pihak media. 

"Tambahan pula situasi politik yang berkecamuk dan adanya usaha pihak-pihak tertentu untuk memprotes dengan tidak keluar mengundi dan merosakkan undi akan menjejaskan peratusan keluar mengundi pada PRU14 nanti," kata beliau semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kempen Jom Semak Dan Jom Kita Mengundi di SPR di sini hari ini. - Bernama