Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran MARA (YPM), Zakaria Mat Sam berkata, sasaran itu dapat dicapai berikutan sambutannya begitu menggalakkan sebelum ini selain telah terbukti mampu meningkatkan tahap penguasaan pelajar dalam subjek yang dipelajari.

Sehubungan itu, YPM yang diberi tanggungjawab mengendalikan program tersebut komited untuk memastikan setiap pelajar mendapat kemudahan yang disediakan seterusnya mencatat keputusan yang cemerlang.

"Sejak tuisyen ini dilancarkan pada 2016, seramai 30,335 orang telah mengikutinya dan daripada jumlah itu seramai 12,989 orang adalah pada 2016 dan meningkat kepada 17,346 orang pada 2017.

"Kerana sambutan yang baik, kita sasarkan peningkatan tahun ini kepada 19,500 yang akan mengikuti di 195 pusat tuisyen di seluruh negara agar ramai pelajar berjaya boleh memasuki Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) nanti dan ke pusat pengajian tinggi," katanya semasa berucap di Majlis Pelancaran Tuisyen [email protected] peringkat Parlimen Alor Setar, di sini, hari ini. - Bernama