Pemangku Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, pihaknya akan menganjurkan program Trim and Fit untuk pegawai dan anggota polis yang memiliki berat badan berlebihan bagi mencapai sasaran itu.

"Melalui program ini kita mahu turunkan berat badan pegawai dan anggota polis Negeri Sembilan yang berlebihan. Program ini telah pun dilaksanakan di peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.

"Selepas ini kita akan laksanakan di peringkat daerah pula," katanya ketika ditemui pemberita selepas menziarahi pegawai dan anggota polis Negeri Sembilan yang sedang dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini hari ini.

Mohamad berkata, beliau menekankan setiap pegawai dan anggota polis Negeri Sembilan memiliki bacaan BMI ideal supaya mereka sentiasa berada dalam keadaan sihat, cergas dan segak.

Menurutnya, langkah itu dapat meningkatkan produktivi kerja mereka dan secara tidak langsung mengurangkan jumlah pegawai dan anggota polis negeri ini yang terpaksa mengambil cuti sakit (MC).

"Jika selalu MC akan mengurangkan produktiviti pasukan dan juga merugikan kerajaan yang membayar gaji mereka dan menanggung perbelanjaan rawatan. Kalau cuma ada beberapa orang terpaksa MC itu perkara biasa," katanya. - K! ONLINE