Ketuanya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, sasaran tersebut disuarakan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memastikan wanita memainkan peranan penting dalam pembangunan negara.

“Beliau (Najib) sekali lagi menegaskan sasaran 30 peratus wanita melibatkan anggota lembaga pengarah syarikat senarai awam dan kami meletakkan setinggi keyakinan terhadap Perdana Menteri untuk mencapai semua yang disasarkan.

“Saya berharap agar kita semua terus berusaha supaya wanita tidak dike­tepikan daripada posisi pembuat keputusan dalam arena politik negara,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.