Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg berkata, dana pendahuluan menerusi Bank Pembangunan Sarawak (DBOS) akan digunakan bagi tujuan pembinaan kapal tersebut.

Menurutnya, kos pembinaan sebuah kapal yang berperanan sebagai pusat kawalan operasi di laut itu dijangka menelan kira-kira RM200 juta.

“Perlu diingatkan perairan Sarawak adalah seluas 239,605 kilometer persegi atau meliputi kira-kira 39 peratus daripada 660,000 kilometer persegi keseluruhan perairan di Malaysia.

“Jadi, kerajaan negeri bersedia untuk membantu dengan menyalurkan dana pendahuluan, tetapi kemudian kerajaan Persekutuan perlu membayar balik pinjaman kewangan menerusi DBOS,” katanya pada majlis perasmian pengoperasian Kapal Maritim (KM) Sri Aman di Jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin, Muara Tebas di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.