Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, demikian dalam ucapannya kepada guru-guru ketika merasmikan Sambutan Hari Guru peringkat negeri tahun ini di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik untuk mengenal pasti cara program itu dapat dilaksanakan secepat mungkin.

"Formula itu sedang dilaksanakan, dan untuk pembayaran pertama, kerajaan Sarawak akan menyalurkan RM300 juta, pembayaran kedua RM300 juta lagi dan pembayaran ketiga RM400 juta - RM1 bilion dalam tempoh dua tahun. "Malah, kami telah menyediakan cek," kata beliau.

Abang Johari berkata, Sarawak mahu memberi tumpuan kepada pembangunan pendidikan di negeri ini dan tidak mahu isu menyerahkan isu pembangunan pendidikan kepada kerajaan Persekutuan semata-mata untuk dilaksanakan.

Untuk itu, saya telah menubuhkan kementerian pendidikan Sarawak dengan Datuk Seri Michael Manyin sebagai menteri pertamanya, kata bgeliau.

Penubuhan kementerian pendidikan negeri membolehkan peruntukan kewangan disalurkan untuk pembangunan pendidikan di Sarawak selain peruntukan persekutuan dan kerajaan terlibat dalam penggubalan dasar dan pentadbiran," katanya. - Bernama