Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, pendekatan itu sebagai salah satu cara dalam projek rintis kerajaan negeri  untuk membawa teknologi mapan seterusnya memberi manfaat kepada rakyat Sarawak dan negara.

Menurutnya, kerajaan negeri memberi peruntukan kepada Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) untuk membuat kajian lanjut.

"Kos penghasilan hidrogen dapat dikurangkan memandangkan sumber air yang banyak di Sarawak.

"Pada akhirnya, kos pengeluaran di Sarawak dapat dikawal sekali gus memberikan manfaat kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara SEDC dan Foshan Feichi Automobile Manufacture Co. Ltd., China di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengerusi SEDC, Tan Sri Abdul Aziz Husain, Pengurus Besar Foshan, Jiang Yong dan Pengarah Projeknya, Lu Yong.

MoU berkenaan ditandatangani Pengurus Besar SEDC, Soedirman Aini dan bagi pihak Foshan oleh Jiang Yong. - K! ONLINE