Dalam operasi bermula 6 pagi hingga 12 tengah hari tadi, seramai 71 lelaki tempatan, lima wanita tempatan bersama seorang lelaki warga Indonesia dan lima lelaki warga Myanmar diberkas.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, kesemua mereka ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk mengedar, menagih serta memiliki dadah.

"Polis juga menemui sebanyak 69.53 gram (g) heroin dan 11.9g syabu dalam serbuan ini yang mana kemudiannya dirampas untuk membantu siasatan.

"Buat masa ini, latar belakang dan umur kesemua suspek masih diperiksa," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - K! ONLINE