Dalam serbuan bermula pukul 8.30 pagi hingga pukul 11 pagi itu, seramai sembilan individu berusia antara 23 hingga 45 tahun berjaya ditahan.

Ketua AADK Daerah Kuala Muda, Shamshuri Yusoff berkata, serbuan dilakukan di sarang penagihan yang terkenal dalam kalangan penagih untuk melepaskan gian atau mendapatkan bekalan dadah.

"Sarang penagihan yang dikenali sebagai Port Joven ini pernah diserbu beberapa kali sebelum ini tetapi ia masih beroperasi dan menjadi tumpuan penagih dadah dari merata tempat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, dalam serbuan itu, seorang lagi individu disyaki tokan dadah sempat melarikan diri. - K! ONLINE