Samsung Malaysia dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, gaya hidup lebih hijau dan lebih cekap digandakan dengan mesin basuh masa depan keluaran pihaknya dikenali QuickDrive.

"Mesin basuh ini  membolehkan pakaian dicuci dengan lebih cepat sehingga 50 peratus dan tanpa membuang air dengan banyak," jelas kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, penambahan teknologi AddWash pula bagi membolehkan anda menambah pakaian yang terlupa dicuci selepas kitaran basuh telah bermula.

Bagi ketuhar pula, jenama Samsung turut memperkenalkan barangan elektrik yang pantas memanaskan makanan dalam tempoh yang singkat dengan penggunaan elektrik yang minimum.

Kata kenyataan itu, dengan menggunakan teknologi Blast Hot kaedah berkenaan dapat mengurangkan tempoh memasak dan makanan masak lebih cepat dimasak. - K! ONLINE