Telefon pintar tersebut dijangka dijual di pasaran tempatan bermula harga RM3,299 bagi Galaxy S9 dengan ruang storan 64GB; RM3,799 (Galaxy S9+, 64GB), RM3,999 (Galaxy S9+ 128GB) dan RM4,399 (Galaxy S9+, 256GB).

Biarpun rekaan S9 dan S9+ dilihat tidak jauh bezanya dengan Galaxy S8, kualiti kameranya berkembarnya telah dinaik taraf menerusi penggunaan aperture lebar f/1.5, sekali gus meningkatkan kualiti gambar diambil.

Presiden Perniagaan Komunikasi Mudah Alih Samsung Electronics, D. J. Koh berkata, cara orang ramai menggunakan telefon pintar telah berubah seiring dengan teknologi berkaitan komunikasi dan ekspresi diri.

"Dengan Galaxy S9 dan S9+, pengguna kini boleh merakam gambar dan video dengan lebih berkualiti, malah membolehkan mereka berkomunikasi dan mengekspresikan diri dengan lebih baik," katanya. - K! ONLINE