Presiden SME, Yoonsoo Kim berkata, kelainan pada peranti terbaharu itu tampil dengan ciri-ciri yang sememangnya sangat praktikal kepada pengguna seperti kuasa bateri sepanjang hari dan saiz storan yang besar.

"Bateri berkapasiti 4,000mAh dan ruangan storan bermula daripada 128GB sehingga 512GB.dijangka mampu memenuhi keperluan pengguna yang menggunakan peranti mereka setiap hari untuk pelbagai urusan.

"Orang ramai boleh membuat pratempah Note9 dengan harga RM3,699 bagi 128GB dan RM4,599 bagi 512GB bermula hari ini hingga 19 Ogos ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran rasmi Samsung Galaxy Note9 di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini hari ini.

Note9
Samsung Galaxy Note9

 

Tambah Yoonsoo, Note9 mampu memberi kepuasan kepada mengguna dengan paparan visual skrin bersaiz 6.4 inci yang lebih jelas.

Ujarnya, ia turut hadir dengan cip pemprosesan yang dinaik taraf iaitu Qualcomm Snapdragon 845 octa core dan memori 8GB RAM.

Peranti baharu ini juga hadir dengan dwi-kamera utama bersaiz 12MP yang dilengkapi dengan dwi-apertur dan 8 megapiksel (MP) bagi kamera hadapan..

Dalam pada itu, Note9 turut menawarkan ciri-ciri serta fungsi inovatif serupa seperti Samsung Galaxy Note8 termasuk S Pen yang ditambah baik dengan penyambungan bluetooth.

Note9 didatangkan dengan empat warna menarik iaitu Jet Black (hitam), Ocean Blue (biru), Lavender (ungu) dan Metallic Copper.

Dalam pada itu, Samsung turut memperkenalkan secara rasmi jam tangan Samsung Galaxy Watch dan speakers Samsung Galaxy Home. 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-note9/. - K! ONLINE