Dalam kejadian pukul 6 petang itu, mangsa seorang lelaki yang berusia 32 tahun parah pada pergelangan tangan dan kepala selepas dilibas dengan dua bilah parang.

Difahamkan, pergaduhan itu berpunca daripada rasa tidak puas hati salah seorang suspek apabila perniagaan minuman keras dan makanan miliknya di lokasi tersebut merosot.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, susulan itu, suspek dipercayai meminta seorang rakannya, Ah Chai mencari orang untuk memukul dan memberi pengajaran kepada mangsa dengan upah RM1,000.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati mangsa dipukul oleh dua suspek dikenali sebagai Jo dan Dass menggunakan parang yang dibawa dari bengkel kereta di Bandar Mahkota Cheras di Sela­ngor manakala Ah Chai berada dalam kereta Toyota Camry semasa kejadian.

“Sejurus pergaduhan, ketiga-tiga suspek melarikan diri dengan menaiki kereta tersebut. Bagaimanapun, ketiga-tiga suspek berjaya ditahan berhampiran Plaza Tol Port Dickson arah utara dekat Se­remban oleh anggota polis yang mengejar mereka,” katanya di 
sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.