Wakil penduduk, Mohd. Noor Ismail, 62, berkata, keadaan bertambah teruk apabila terdapat orang luar turut membuang sampah di kawasan tersebut pada waktu malam.

“Kita kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab segelintir masyarakat yang membuang sampah di kawasan ini sesuka hati mereka.

“Lebih membimbangkan, selepas hujan lebat banyak takungan air berlaku di kawasan tersebut dan pembiakan nyamuk aedes boleh berlaku seterusnya mengancam kesihatan penduduk setempat,” katanya di sini pagi tadi. - K! ONLINE