Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Terengganu, Farihah Che Husin berkata, hanya tujuh peratus daripada 1,000 pemandu perkhidmatan e-hailing aktif di negeri ini mencarum dalam SESS.

"Tambah mendukacitakan tiada seorang pun pemandu bas di Terengganu yang mendaftar. Begitupun,  sambutan dalam kalangan pemandu teksi agak baik dengan lebih 64 peratus telah mematuhinya.

"Kesedaran masih rendah walaupun pelbagai kempen dan inisiatif telah diambil Perkeso Terengganu sejak pelaksanaannya pada Jun 2017," katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Terengganu di sini hari ini.

Turut hadir Ahli Lembaga Perkeso, Datuk Azih Muda.

Farihah berkata, kadar caruman SESS bagi membolehkan golongan tersebut memperolehi perlindungan disediakan Perkeso tidak membebankan iaitu kira-kira RM157.20 setahun dan boleh juga dilunaskan secara bulanan sebanyak RM13.10 termasuk menerusi pembayaran atas talian. - K! ONLINE