Pegawai pengurus PRK DUN Balakong, Datuk Rosli Othman berkata, penambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan saluran me­ngundi di 17 pusat me­ngundi ialah 129 berban­ding 100 saluran mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Penambahan ini bertujuan memberi keselesaan kepada pengundi yang akan hadir me­ngundi selain menge­lakkan tempoh menunggu yang panjang.

“Kita juga dapat memberi peluang bagi lebih ramai pengundi untuk melaksanakan tanggungjawab mereka,” katanya pada sesi taklimat kepada petugas media di Pusat Penamaan Calon PRK DUN Balakong, Dewan Utama Demense, Pejabat Da­erah dan Ta­nah Hulu Langat di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.