Dalam catatan di blognya hari ini, beliau juga berkata, ia juga membuatkan seseorang itu untuk bermuhasabah dan terus bertenang ketika berdepan dengan kekalahan.

"Pada 9 Mei 2018, rakyat telah bersuara dan kita harus mematuhi kehendak rakyat dalam semangat 'suara rakyat adalah suara keramat'," catat beliau.

Salleh juga berkata, dalam politik tidak ada kuasa yang lebih hebat daripada kehendak rakyat, dan mereka (calon pilihan raya) harus terima apa jua keputusan.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mengizinkan beliau untuk berkhidmat kepada negara. 

Bekas menteri Komunikasi dan Multimedia itu kalah kepada calon Parti Warisan Sabah, Isnaraissah Munirah Majilis @Fakharudy dalam pertandingan empat penjuru bagi kerusi Parlimen Kota Belud. - Bernama