Kejadian pada pukul 6 petang itu berlaku apabila lelaki berusia 75 tahun tersebut sedang membalut buah mempelam harumanis di dalam kebunnya.

Ketua Operasi Pusat Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Padang Besar, Siti Zuhana Mat Saad berkata, lelaki itu ditemani anjing peliharaannya ketika sedang memba­lut buah tersebut.

“Ketika sedang asyik membalut buah mangga, dia terkejut apabila anjing peliharaannya tiba-tiba menyalak dengan kuat. Sebaik diamati, dia tergamam apabila melihat seekor ular tedung selar sepanjang tiga meter berada di belakangnya.

“Dia kemudian melarikan diri sebelum melihat ular tersebut melilit sebatang pokok manggis berdekatan sebelum dia menghubungi APM,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.