DAP yang mempertaruhkan Vivian Wong Shir Yee, 30, anak bongsu penyandang kerusi Parlimen Sandakan sebagai calon untuk mempertahankan kawasan itu dicabar calon Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Linda Tsen Thau Lin, 63, yang juga bekas Ahli Parlimen Batu Sapi.

Vivian turut mendapat tentangan tiga calon Bebas iaitu Chia Siew Yung, Sulaiman Abdul Samad dan Hamzah A. Abdullah.

Pegawai Pengurus PRK Sandakan, Mohd. Hamsan Awang Supain mengumumkan nama calon yang bertanding untuk PRK bagi Parlimen Sandakan pada pukul 10.30 pagi semalam.

Sebelum itu, pusat penamaan calon di Dewan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Tiong Hua, Sandakan dibuka pada pukul 9 pagi dan proses mengemukakan borang pencalonan berjalan lancar selama sejam.

Sulaiman merupakan calon pertama yang men­yerahkan borang pencalonan iaitu pada pukul 9.05 pagi diikuti Linda (9.06 pagi) manakala Hamzah (9.08 pagi), Siew Yung (9.09 pagi) dan Vivian (9.14 pagi).

PRK bagi Parlimen Sandakan diadakan selepas penyandangnya, Datuk Stephen Wong Tien Fatt dari DAP meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 28 Mac lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.