Saiful, 25, meluahkan perkara tersebut melalui perkongsian di Insta Story akaunnya semalam dan dengan rasa rendah diri menyatakan kisahnya berkahwin dengan seorang pesakit kanser bukan dilakukan dengan niat untuk memberikan inspirasi kepada sesiapa pun.

“Gambar terakhir de­ngan isteri saya. Ya, saya memakai baju Melayu nikah kerana dia membe­ritahu saya kelihatan elok di dalam persalinan ini.

“Terima kasih untuk semua ucapan dan doa. Semoga Allah berbalikkan kepada kalian kembali. Saya ok. Dia tengah rehat cantik-cantik pakai bedak celak tadi,” katanya di laman Instagramnya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.