Melalui ekspedisi tersebut, beliau bakal menjadi rakyat Malaysia pertama dan antara 70 manusia di dunia berjaya menamatkan misi bagi mendapatkan gelaran Penjelajah Grand Slam.

Pengiktirafan tersebut diberikan kepada individu yang menamatkan siri pendakian di tujuh puncak tertinggi di tujuh benua di dunia selain penjelajahan ke Kutub Utara dan Kutub Selatan.

Pendaki berusia 36 tahun itu juga bakal menjadi individu dari Asia Tenggara kedua dan orang Islam ketiga serta termuda sebagai Penjelajah Grand Slam yang dijadual memulakan ekspedisi sejauh 110 kilometer dari Titik 1 di Sanave bermula 19 Disember dan dijangka berakhir pada 26 Disember ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.