Persetujuan bagi pengambilalihan Unit Tahfiz Al-Quran telah termeterai antara kedua-dua pihak pada satu majlis kontrak penyerahan yang diadakan di pusat tersebut di sini semalam.

Pengasas dan Pengetua pusat berkenaan, Datuk Mohd. Kazim Elias berkata, selepas ini, pengurusan baharu akan mengambil alih kemudahan, guru serta pelajar di unit tahfiz itu.

“Perjanjian yang ditandatangani termasuk me­ngenai pengambilalihan pelajar, pengurusan ba­ngunan, perbelanjaan mengurus yang selepas ini di bawah tanggungan Pusat Pengajian Al-Ulya.

“Sementara, bangunan itu masih hak milik Pusat Pendidikan Al Barakah, jadi kami membenarkan mereka menggunakannya (bangunan) selama tiga tahun (kontrak). Sekiranya bangunan itu dijaga de­ngan baik, kita akan sambung (kontrak),” katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Penyerahan Unit Tahfiz Al-Quran Pusat Pendidikan Al Barakah kepada Pusat Pengajian Al-Ulya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.