Tindakan itu perlu dilaksanakan memandangkan Negeri di Bawah Bayu ini merupakan satu daripada tiga wilayah yang terlibat dalam pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

Rafizi yang berdepan dengan penyandang Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali pada pemilihan PKR kali ini memberitahu, Sabah ialah negeri yang sekian lama diketepikan Kerajaan Persekutuan.

"Jika diperhalusi kemudahan dan infrastruktur negeri-negeri di Semenanjung jauh lebih baik berbanding di negeri ini yang mana sehingga kini kualiti jalan raya di sini masih banyak perlu diperbaiki.

"Kerajaan Persekutuan sebelum ini menyalurkan bantuan dan peruntukan kepada kerajaan negeri Sabah atas tujuan pembangunan namun, malangnya dana itu tidak sampai ke tempat yang sepatutnya," katanya hari ini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam dan Pelancaran Tabung Reformasi  20 Tahun di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah, Christina Liew.

Tambah Rafizi, diharapkan selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri kelak, beliau akan segera bertindak mengembalikan keistimewaan Sabah sebagai satu daripada tiga kedudukan dalam Persekutuan. - K! ONLINE