Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang juga Menteri Kewangan negeri turut berkata, tindakan tersebut adalah untuk memastikan bekalan kayu-kayan untuk keperluan produkti­viti industri tempatan mencukupi.

“Sebaik sahaja, aktiviti eksport kayu balak dihentikan kita bukan sahaja membantu meningkatkan industri domestik terutamanya industri pembuatan perabot di ne­geri ini bahkan dapat menyedia­kan lebih banyak peluang pekerjaan kepada warga Sabah.

“Sehubungan itu, saya akan memaklumkan perkara ini kepada pihak perhutanan dan pihak berkuasa supaya menghentikan eksport balak serta-merta sehingga arahan baharu dikeluarkan,” katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan rasmi ke Yayasan Sabah di Menara Tun Mustapha di sini semalam.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.