Menterinya, Ewon Benedick berkata, teknologi itu yang telah pun diaplikasikan di negara lain seperti Thailand sesuai digunakan untuk pembinaan jalan raya di kawasan berkenaan.

“Kita boleh memperkenalkan dan membangunkan teknologi ini dalam pembinaan jalan raya di Sabah kerana saya tahu ia adalah antara kaedah yang boleh menyelesaikan keperluan membina jalan raya khususnya di luar bandar.

“Selain itu, teknologi ini boleh meningkatkan harga getah,” katanya pada sebuah majlis kesyukuran di sini.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian berkata, kementeriannya juga telah merangka pelbagai program yang akan dilaksanakan di kawasan luar bandar termasuk membangunkan industri pelancongan di Kadamaian. - Bernama