Timbalan Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, langkah itu bagi memastikan liputan undang-undang yang menyeluruh dengan skop lebih besar.

"Gangguan seksual bukan sahaja boleh berlaku di tempat kerja tetapi juga di institusi dan sektor lain termasuk di rumah, jadi kami mahu pastikan akta itu benar-benar bermanfaat," katanya kepada pemberita selepas meninjau pembaikan kemudahan di Sekolah Menengah Sains Seri Puteri di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan memulakan konsultasi dengan badan bukan kerajaan dan mangsa gangguan seksual berdasarkan hasil kajian impak yang diterima.

Pada masa sama Hannah berkata, kerajaan tetap menyasarkan undang-undang tersebut dibentangkan di Parlimen pada tahun ini. - Bernama