Speaker Dewan Rak­yat, Datuk Mohamad Ariff­ Md. Yusof mengumumkan RUU menggantikan Akta Cukai Barang dan Perkhid­matan (GST) itu diluluskan tanpa pindaan menerusi undi sebulat suara.

RUU tersebut dibentang untuk bacaan kali ketiga oleh Guan Eng dan disokong Timbalannya, Datuk Amiruddin Hamzah.

Ketika membentangkan RUU terbabit, Guan Eng berkata, kadar dikenakan bagi cukai perkhidmatan adalah enam pe­ratus.

Beliau berkata, pelaksanaan cukai perkhidmatan yang baharu itu akan mengekalkan model dan skop berasaskan Akta Cukai Perkhidmatan 1975 yang dimansuhkan apabila GST dilaksanakan pada 2015.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.