Moscow berkata, video tersebut menyokong tuduhannya yang mengatakan serangan kimia di bandar Douma merupakan satu pembohongan.

Stesen televisyen Rusia semalam menyiarkan perbualan dengan kanak-kanak lelaki Syria berusia 11 tahun yang dipanggil Hassan Diab.

Dalam video yang disiarkan di saluran Rossiya 24 itu, seorang lelaki yang dikatakan ayah Hassan mendakwa anaknya diberikan kurma, kek dan nasi untuk melakonkan serangan tersebut.

Rusia berkata, pembohongan itu ‘dipentaskan’ oleh sukarelawan Helmet Putih.

“Kami mempunyai versi laporan yang mempunyai sari kata. Kami akan mengedarkannya kepada negara anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Negara-negara Bersatu (PBB) serta wartawan dan akan mencari jalan untuk menayangkannya pada mesyuarat Majlis Keselamatan seterusnya,” kata duta Rusia ke PBB, Vassily Nebenzia semalam.

Barat menuduh tentera Syria menggunakan senjata kimia terhadap orang awam sebelum Amerika Syarikat, Britain dan Perancis membedil beberapa fasiliti negara itu yang disyaki mempunyai kaitan dengan senjata yang diharamkan tersebut. - AFP