Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata, sehubungan itu beliau telah meminta Exco dan beberapa wakil rakyat mengadakan sesi perbincangan dengan pihak berkenaan (penduduk dan pemilik tanah).

"Perbincangan itu dibuat kerana kerajaan negeri tidak mempunyai hak ke atas tanah tersebut kerana ianya adalah milik individu dan sebuah syarikat bagaimanapun kita pihak kerajaan telah menjalinkan kerjasama dengan pemilik tanah bagi memastikan perkara yang dibangkitkan penuntut (penduduk) boleh diselesaikan,"  katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-38 Koperasi Pekebun Kecil Negeri Sembilan Berhad di sini, hari ini.

Ketika ditanya berapa lama proses rundingan akan berjalan, Aminuddin berkata, isu ini perlu dilihat  secara keseluruhan dan hanya melalui kerjasama atau rundingan membolehkan hak yang dituntut penduduk dapat diperoleh daripada pemilik tanah kawasan ladang tersebut.

Turut hadir Pengerusi Koperasi Pekebun Kecil negeri, Datuk Aliasak Ambia dan Pengarah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Negeri Sembilan, Mohd. Jazlanuddin Azmi. - Bernama