Katanya, rundingan oleh pihaknya adalah sebahagian daripada konsep Rahmatan Lil Alamin yang dibawanya pentadbirannya dalam era Malaysia baharu. 

“Ini bahaya radikalisme yang mengiyakan apa sahaja atas nama Melayu dan Islam seolah-olah kalau kita  kalau berbaik dengan orang bukan Islam, ia akan merugikan Islam. 

“Ini adalah mentaliti terperangkap dan saya datang untuk membebaskan minda tersebut,” katanya di Kompleks Perdana siswa, Universiti Malaya (UM) di sini semalam. 

Terdahulu, beliau hadir pada program Dialog Menteri Rahmatan Lil Alamin di Malaysia bersama mahasiswa UM. 

Beliau turut melahirkan rasa hairan dengan sikap sesetengah pihak yang menganggap rundingan beliau sebagai membuka ruang kepada golongan liberal. - K! ONLINE