Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, kejadian kira-kira pukul 12.15 tengah hari itu melibatkan sebuah kediaman berkeluasan kira-kira 120 meter persegi.

"Anggaran peratusan kemusnahan akibat kebakaran ketika bomba tiba adalah kira-kira 85 peratus.

"Api kemudiannya dapat dikawal pada pukul 12.45 tengah hari sebelum api  dipadamkan," katanya kepada pemberita hari ini.

Jurucakap itu berkata, kejadian tersebut bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

Beliau berkata, pihaknya sedang menyiasat punca kejadian itu.

Operasi berkenaan dijalankan oleh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai dan Bandar Perda. - K! ONLINE